Aku bukanlah datang dari keluarga yg kaya raya, tapi boleh dikata berkemampuan la utk family aku ada keperluan asas. Kalau mau cakap miskin pula, macam tipula kan. Kategori miskin ni, dalam fahaman aku org yg tidak dapat memenuhi keseluruhan keperluan asas hidup diorang. contohnya, homeless. Tapi kalau ada rumah pun tidak se gah ataupun sesempurna macam org lain. Itu la miskin dr perspektif aku.
Aku jenis org yg cepat merasa kasihan ataupun simpati terhadap org2 yg homeless atau kurang berkemampuan ni. Iyalah kan, takkan tidak kasihan kan dengan orang2 yg seperti ini sementara kita hidup dalam keadaan baik. Inspirasi mau update blog ni tercetus bila aku pegi pasar malam di seksyen7. Kalau pasar malam di Papar, Sabah, boleh dikatakan tiada lanssung orang2 homeless yg menjual tisu, meminta sedekah di sana. Di sini, bila aku tengok pcik tua itu dalam keadaan buta menjual tisu untuk mendapatkan duit. Sangat tersentuh melihat. Dalam usia sebegitu, pcik tu sepatutnya duduk di rumah, dijaga oleh anak2, makan pakai semua perlu disediakan oleh anak. Sama juga dengan pcik yg kurang upaya (cacat), serta semuanya yg berada di sana. Paling kasihan ada baby lagi. sepatutnya baby tu tempat dia bukan di situ. Tapi apakan daya, nasib seseorang tidak boleh dijangka. Tetapi, di manakah anak2 pcik2 tue. Sepatutnya anak2 jgnlah lupa diri bila sudah berjaya. Korang tidak akan berjaya sebegitu kalau tidak kerana parents kamu bagi duit utk kamu makan. Ya Allah, di mana kesedaran org2 sekarang membiarkan parents jadi begitu.
Tidak faham cara org sekarang berfikir. Sepatutnya orang2 tua tidak perlu bekerja dalam usia yg tua. Tidak kasihan ka? Aku sedih tengok tua2 masih bekerja. Paling kasihan pcik tu jual tisu, buta lagi. Aku mau sedekah duit, aku perlu juga. Sebagai orang islam, aku hanya mampu sedekah Al-Fatihah utk mereka yg tidak bernasib baik supaya diorang dapat rezeki lebih utk menanpung kehidupan diorang. Ya Allah, kuatkan mereka, limpahkan la rezeki buat mereka.Sangat kasihan melihat keadaan begitu.
Aku kasihan tengok pcik tu, dia buta. Kalau ada org tipu tidak bayar tisu tu mcm mana. Dia perlu duit. Dia perlu makan. Ya Allah, permudahkanlah urusan pcik tu. Bandar besar, cabaran pun besar, kos sara hidup tinggi. Aku menagis ingat keadaan diorang. Sepatutnya adalah agensi yg membela nasib diorang, bagi diorang at least tempat tinggal dan kemudahan makan. At least. Tolonglah diorang. Diorang yg sudah tua tidak sepatutnya lagi bekerja, sebaliknya anak2 la yg tolong diorang.
No comments:
Post a Comment